KANAK-KANAK TIDAK MEMBESAR


KANAK - KANAK YANG TIDAK MEMBESAR

Peringkat bayi amat kritikal dari segi pertumbuhan otak . Kekurangan zat pemakanan pada peringkat ini akan menjejaskan pertumbuhan otak . Ini boleh mengakibatkan kesan yang serius terhadap perkembangan sosial dan intelek anak itu . Pakar kanak -kanak sering dilanda rasa bimbang melihat bayi yang tidak membesar dan akan membuat penilaian yang teliti bagi merangka program rawatan yang sesuai .

Apakah yang dimaksudkan dengan bayi tidak membesar ?

Lazimnya , berat badan bayi akan naik dua kali ganda menjelang usianya enam bulan dan tiga kali ganda menjelang usianya satu tahun . Timbangan berat dan panjang bayi dari kepala hingga ke lutut akan dicatatkan dari semasa ke semasa pada carta tumbesaran ( growth chart ) . Berdasarkan carta ini , doktor dapat mengenal pasti secara objektif bayi -bayi yang kurang membesar ( failure to thrive ) .

Satu contoh kes kanak -kanak yang tidak membesar dengan subur diberikan dibawah ini :

KES

M.A yang berusia satu tahun dua bulan dilahirkan cukup bulan secara normal dengan timbangan berat 3kg . Keadaan nya selepas lahir adalahbaik dan dia menghisap susu ibunya seperti biasa . Selepas dua bulan ,si ibu memberikan susu formula tepung pula kerana terpaksa kembali bekerja semula . M.A . ditinggalkan di bawah jagaan seorang jiran berusia45 tahun . Jirannya ini seorang surirumah yang mempunyai dua orang anak yang sudah tamat persekolahan . Ibu M.A. menyediakan susu setiap pagi untuk bayinya . Setiap petang selepas waktu kerja , si ibu akan mengambil M .A. pulang . M.A. dibawa berjumpa doktor dari semasa ke semasa dan timbangan berat serta panjang tubuhnya diukur dan dicatatkan pada carta tumbesaran . Carta tumbesaran M.A. ditunjukkan di bawah :

Garisan A menunjukkan kadar tumbesaran timbangan berat M.A. yang diharapkan . Garisan B menunjukkan kadar tumbesaran timbangan beratM.A yang sebenar . Jelas , kadar tumbesaran ini merosot jika dibandingkandengan kadar tumbesaran jangkaan . Ibu bapanya telah membawaM.A bertemu beberapa orang pakar kanak -kanak untuk mendapatkan rawatan .Doktor -doktor pakar yang ditemui telah menyarankan pertukaran jenis susu . Seorang pakar kanak -kanak pula menyarankan supayaM.A diberikan susu formula tepung yang lebih padat dari segi kalori .Walau bagaimanpun , langkah ini juga tidak membawa apa -apa hasil Pemeriksaan fizikal tidak menunjukan apa -apa kelainan selain daripadabadanya yang agak kurus . Saiz kepalanya kelihatan agak besar tetapiwajar bagi kanak -kanak yang berusia satu tahun dua bulan . M. A.kelihatan aktif dan sungguh minat dengan persekitarannya serta mudahberinteraksi dengan orang -orang di sekelilingnya . Ibunya menyatakanbahawa sepanjang pengetahuannya , M .A mempunyai selera makanyang baik dan jarang jatuh sakit. Tetapi , dia hairan mengapa M.Aidak membesar seperti bayi -bayi lain .

Kes -kes seperti ini sering ditemui di klinik pakar kanak -kanak . pada amnya , ia boleh digolongkan kepada dua kategori :

1. Bayi tidak membesar kerana menghidap sesuatu penyakit .

2. Bayi yang tidak membesar tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit . Puncanya dikaitkan dengan faktor psikososial dan keadaan persekitaran yang serba kekurangan .

Adakalanya ,masalah bayi yang tidak membesar dikaitkan dengan kedua -dua faktor penyakit dan juga faktor psikososial .

Berbagai -bagai jenis penyakit boleh menyebabkan bayi tidak membesar . Bayi yang menghidap penyakit jantung mudah berasa letih dan kurang bertenaga menghisap susu untuk tempoh yang agak panjang . Bayi yang menghidap penyakit usus ( gastrointestinal diseases ) sering mengalami cirit dan muntah -muntah . Makanan yang diambilnya tidak terhadam seperti biasa menyebabkan dia tidak membesar. Bayi yang mengalami kecacatan fizikal seperti cerebral palsy mungkin tidak boleh menghisap susu atau makan dengan baik kerana menghidapi masalah untuk menggerakkan otot -otot di mulutnya seperti kanak -kanak biasa . Bayi yang menghidap kronik seperti penyakit buah pinggang mungkin akan kehilangan selera makan . Oleh kerana kurang zat pemakanan , pertumbuhan fizikalnya yang akan terjejas .

Kanak -kanak yang tidak membesar tanpa sebab -sebab fizikal yang jelas ( non - organic faillure to thrive ) hampir kesemuanya boleh dikaitkan dengan faktor kurang makan . Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan keadaan ini . Umpamanya , ibu kanak -kanak itu mungkin kurang berpengalaman dan tidak memberi susu badan yang cukup . Ini pula mungkin kerana kanak -kanak itu jarang menangis lalu si ibu memikirkan dia tidak lapar dan tidak perlu disususkan lagi .

Wanita yang berasa sugul akibat kematian suaminya mungkin tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan bayi kecilnya . Wanita yang mengalami kesulitan menyesuaikan diri dengan peranannya sebagai pekerja , ibu dan sekaligus ' bapa ' mungkin akan mendapat tekanan jiwa . Jika bayi tidak dapat merasakan kemesraan . seleranya boleh tejejas dan ini akan menyebabkan dia tidak membesar dengan sempurna .

Dalam menilai dan merawat bayi yang tidak membesar seperti M.A. , ada empat aspek yang perlu diberikan perhatian oleh doktor :

1. pemakanan

2. perubatan

3. psikososial

4. perkembangan anak

Aspek pemakanan

Doktor perlu menentukan sama ada seseorang bayi itu menghadapi masalah tumbesaran atau tidak . Timbangan berat dan ketinggian bayi akan terjejas jika penyakit yang dialami atau keadaan -keadaan yang menyebabkan perkembangan fizikalnya kurang menggalakkan berlanjutan untuk suatu tempoh yang agak panjang . Tetapi , jika dia menghidap demam campak umpamanya , selera makannya akan berkurangan selama beberapa hari sahaja . Timbangan berat bayi akan menurun tetapi akan naik semula apabila dia pulih .

Riwayat pemakanan (nutritional history ) bayi amatlah penting . Ibu dikehendaki memberikan maklumat yang terperinci tentang pemakanan bayi untuk menilai sama ada dia cukup makan atau tidak . Dia boleh memilih dua atau tiga hari dalam seminggu sebagai panduan . Maklumat -maklumat ini perlu dikaji dengan teliti untuk memastikan yang pemakanan harian bayi mencukupi dari segi kalori , protein dan garam galian . Sebagai contoh , seorang ibu bekerja telah meminta nasihat saya mengenai anaknya yang berusia lapan bulan yang tidak membesar .

Apabila diperiksa , kesihatan si anak didapati amat memuaskan sekali . Apa yang menarik perhatian saya iailah rekod pemakanan hariannya yang menunjukan kekurangan zat pemakanan yang ketara . Setelah disiasat , didapati bahawa nenek yang menjaga anak itu di rumah telah tidak membancuh susu mengikut sukatan yang sepatutnya . Ini berlanjutan sehingga berbulan -bulan lamanya . Setelah masalah ini dikenal pasti dan diperbetulkan , timbangan berat si anak mula meningkat dengan lebih memuaskan .

Jika pakar kanak -kanak tidak dapat mengenal pasti punca yang boleh dikaitkan dengan keadaan bayi kurang subur , dia mungkin akan mencadangkan supaya bayi itu dimasukkan ke dalam wad selamanya beberapa hari dan diletakkan dibawah pengawasan . Dalam tempoh itu , doktor akan memerhatikan sama ada selera bayi itu baik dan sama ada dia boleh menghabiskan makanan yang telah disukat mengikut keperluannya . Jika timbangan beratnya mula kelihatan meningkat dengan memuaskan dalam tempoh tersebut , ini akan menyakinkan pakar itu bahawa kanak -kanak tersebut tidak menghidap sebarang penyakit yang serius . Beliau perlu memberikan penerangandan tunjuk ajar kepada ibu bapa kanak -kanak tersebut terutamanya sekali tentang aspek -aspek pemakanan agar masalah kurang zat pemakanan dapat diatasi .

Kadangkala , pakar kanak -kanak mungkin menyarankan supaya bayi diberikan pemakanan yang tinggi nilai kalori , protein , vitamin dan garam galian melebihi keperluan biasa . Bancuhan vitamin yang mengandungi bahan besi dan zink mungkin juga perlu dibekalkan jika perlu . Bayi yang tidak membesar perlu minum banyak susu tetapi mungkin tidak berdaya menghisap dengan banyaknya . Satu cara mengatasi masalah ini iailah dengan memberinya minum susu dengan lebih kerap lagi .

Aspek perubatan

Bayi yang dilahirkan terlalu ringan lazimnya mempunyai saiz tubuh yang lebih kecil dibanding dengan bayi -bayi yang sebaya dengannya . Ibu bapa bayi tersebut kerap merasakan bahawa anak mereka tidak membesar dengan memuaskan lalu membawanya keklinik untuk diperiksa . Kanak -kanak seperti ini kelihatan sihat , aktif dan normal kadar pertumbuhannya walaupun tubuhnya kecil. Keadaan ini tidak perlu dirungsingkan . Dibawah ini ditunjukkan carta tumbesaran seorang kes yang dilahirkan terlalu ringan tetapi sihat dan mempunyai kadar pertumbuhan yang memuaskan .

Adakalanya , bayi dilahirkan ringan akibat penyakit penyakit yang dihidapi sejak di peringkat janin lagi . Contohnya ialah bayi yang dilahirkan dengan sindrom congenital rubella . Bayi ini mungkin telah terkena penyakit rubela dari peringkat awal kandungan lagi . Walaupun usaha diambil untuk meningkatkan taraf pemakanannya , hasilnya tetap mengecewakan .

Bayi yang tidak membesar sering mendapat penyakit berjangkit . Penyakit berjangkit pula akan menjejaskan lagi proses pertumbuhan bayi . Umpamanya , jika bayi yang tidak membesar mendapat demam campak , penyakit itu akan menunjukkan kesan sampingan dan keadaan yang lebih teruk lagi berbanding bayi -bayi sihat yang tidak mengalami masalah tumbesaran . Oleh itu , perhatian terhadap pemakanan bayi amatlah penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit jangkitan .

Doktor perlu sentiasa peka terhadap penyakit -penyakit yang boleh menyebabkan bayi tidak membesar . Contohnya , kes bayi berusia lima bulan uang dibawa ke hospital kerana tidak membesar . Sejak usianya meningkat tiga bulan , beberapa siri ujian telah dijalankan untuk menentukan punca dia tidak membesar . Seleranya baikdan najisnya banyak dan berminyak . Ujian menunujukkan bahawa ada tanda -tanda yang ususnua tidak sesuai dengan susu protein lembu yang diberikan kepadanya sejak usia dua bulan . Selepas susu ini ditukar kepada susu jenis kacang soya , barulah keadaan anak itu beransur -ansur pulih . Timbangan berat dan ukuran panjang badannya juga mencatat kadar peningkatan yang lebih memuaskan .

Aspek psikososial

Kanak -kanak yang tidak membesar sering mendapat penyakit kerana daya ketahanan dirinya lemah . Kanak -kanak seperti ini sering mendapat penyakit cirit -birit , sakit telingga , sakit kulit , sakit lembam paru -paru dan sebagainya . Semasa bertugas di wad cirit -birit jabatan pediatrik , universiti hospital , saya dapati bahawa sebahagian besar bayi yang menerima rawatan tidak membesar dengan memuaskan . Kebanyakan bayi ini datang dari keluarga miskin . Seorang daripada mereka dirawat penyakit cirit -biritnya dan kemudian diberi makanan berzat yang dicampur sedikit minyak jagung supaya timbangan beratnya cepat naik . Dalam masa satu atau dua minggu kemudian , timbangan beratnya naik dengan menggalakkan sekali dan dia dibenarkan pulang . Tetapi , kanak -kanak yang sedemikian sering mendapat penyakit -penyakit jangkitan yang lain . Ibu bapanya tidak mampu memberi dia makanan yang mencukupi dan berzat seperti yang disarankan oleh doktor . Oleh itu , kadar tumbesarannya tidak memuaskan dan dia sering mendapat penyakit .

Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) dengan tegasnya menyarankan supaya pemberian susu badan diamalkan oleh ibu -ibu terutama sekali bagi mereka dari golongan miskin . Ini kerana bagi empat atau enam bulan yang pertama , pemberian susu badan sudah memadai untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi . Jika ibu bapa kurang mampu membeli susu formula tepung , bayi mereka tidak akan memdapat zat yang mencukupi dan akan mengalami masalah kurang zat pemakanan .

Wanita -wanita yang sentiasa kurang sihat , yang mengalami tekanan jiwa , yang kematian suami atau yang diceraikan , secara tidak langsung boleh mengakibatkan bayi mereka tidak membesar . Contohnya , seorang bayi yang berusia sembilan bulan yang dibawa oleh datuk dan neneknya ke klinik saya kerana dikatakan tidak membesar . Pemeriksaan fizikal tidak menunjukkan apa -apa masalah fizikal atau penyakit organik . kebetulan , selepas dia dilahirkan , ibunya telah menghidap sejenis penyakit jiwa , puerperal psychosis , yang menyebabkan dia tidak berupaya menjaga bayinya . Dia pernah memukul dan mencampakkan anaknya dalam keadaan tidak siuman . Akhirnya , dia dimasukkan ke wad sakit jiwa untuk rawatan . Sewaktu ketiadaannya , bayi itu diletakkan di bawah jagaan datu dan neneknya . Menjelang usia bayi empat bulan , ibunya pun keluar dari hospital dan telah mengambil alih kembali penjagaan anaknya . Secara kebetulan , suaminya juga telah meninggalkannya . Ibu itu tidak dapat menunjukkan caragaya keibuan yang berkesan walaupun penyakitnya telah sembuh . Bayi itu sering menangis dan si ibu sering meningalknnya tanpa berusaha mententeramkan dan memujuk si bayi untuk menyusu . Akibatnya , bayi tersebut tidak membesar dengan memuaskan .

Kadangkala , masalah bayi tidak membesar juga mungkin berpunca daripada sesuatu perkara yang sebenarnya boleh diatasi dengan mudah . Sebagai contoh , teknik penyusuan yang kurang berkesan boleh menyebabkan bayi tidak cukup menyusu . Posisi bayi sewaktu penyusuan mungkin tidak sesuai menyebabkan dia tidak dapat menghisap susu dengan selesa . Kadangkala , ibu tergesa -gesa dan tidak memberikan perhatian pada keselesaan bayi di waktu penyusuan . Saya pernah bertemu seorang ibu bekerja yang tidak faham mengapa bayinya mungkin boleh diatasi jika dia mendapat kemesraan daripada ibunya . Saya telah menyarankan supaya ibu tersebut mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk bersama -sama bayinya . Akibat perubahan keadaan di rumah , bayinya menjadi lebih mesra serta aktif dan timbangan beratnya mula naik dengan memuaskan .

Aspek perkembangan anak

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan bayi yang tidak membesar mengalami proses perkembangan fizikal , kognitif dan sosial yang lambat . Ini tidak menghairankan jika dilihat dari segi pertumbuhan otak . Peringkat pertumbuhan otak yang paling deras sekali iailah pada peringkat pertenganhan akhir bayi dalam kandungan sehingga bayi dua tahun . Kajian menunjukkan bahawa bayi -bayi yang tidak membesar mempunyai saiz otak yang kecil dibandingkan dengan bayi -bayi yang membesar dengan memuaskan .

Kesimpulan

Kebanyakan bayi yang tidak membesar tidak mempamerkan tanda -tanda penyakit fizikal . Faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi yang rendah , caragaya keibubapaan yang kurang optimum dan ciri -ciri yang ada pada bayi yang menyebabkan bayi tidak membesar. Walau apa juga puncanya , masalah bayi tidak membesar penting dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rawatan yang agresif untuk perbetulkan keadaan ini dapat dilakukan . Ini dapat menghindarkan timbulnya masalah perkembangan apabila bayi ini dewasa kelak .


MENGUJI DAYA INTELEK KANAK - KANAK .

Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir. Sejak zaman greek lagi , konsep kecerdasan otak telah dimajukan. Dalam tahun 1990 , seorang ahli psikologi perancis bernama Binet telah diminta oleh kerajaan perancis untuk mencari satu kaedah bagi mengenal pasti kanak -kanak yang layak dimasukkan ke sekolah. Melalui cara ini , kanak -kanak yang rencat akal akan dapat diasingkan daripada kanak -kanak normal supaya program pendidikan berasingkan dapat diaturkan untuk mereka.

Walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan pakar -pakar tentang konsep kecerdasan , hampir kesemuanya bersependapat bahawa ia merupakan potensi berfikir , menganalisa dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengguanakan daya pemikiran. Lazimnya , kebolehan intelek seseorang itu diukur melalui permerhatian ke atas tingkah laku , tahap penggunaan bahasa , kemahiran kendiri dan kemahiran sosialnya. Tetapi , kebolehan seseorang itu tidak semestinya menggambarkan keupayaan sebenarnya.

Umpamanya , seseorang itu mungkin masih tidak boleh membaca ketika berusia lima tahun kerana tidak mendapat bimbingan dan pendedahan kepada alam bacaan yang sewajarnya. Tetapi , jika dia diberi latihan yang secukupnya , dia pasti akan dapat menguasai kemahiran membaca. Setelah itu, dia akan cepat maju serta dapat memaham i konsep -konsep dan menyelesaikan masalah -masalah.

Ada dua konsep yang perlu difahami , iaitu keupayaan intelek dan pertasi intelek. Keupayaan intelek seseorang itu ditentukan oleh faktor baka. Prsetasi intelek pula boleh dinilai melalui ujian -ujian intelek yang sesuai . Prestasi intelek seseorang itu boleh dipertingkatkan melalui latihan , pengalaman serta motivasi yang kuat untuk berjaya.

Berbagai -bagai kaedah ujian telah dicipta untuk membolehkan pakar -pakar menguji tahap intelek kanak -kanak. Weschler Intellignce Scale for Chidlren (WISC), Weschler Intelligence Scale for Pre-School Chidlren (WISPSI), Stanford Binet dan Bayley Scale adalah beberapa kaedah yang digunakan untuk menguji intelek. Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah ini perlu diubahsuai jika hendak digunakan di negara ini kerana ia dicipta oleh pakar-pakar diBarat dengan sekitaran yang berbeza.

Masalah menguji intelek kanak-kanak

Mencipta kaedaha ujian intelek yang seragam untuk kanak-kanak di Malaysia adalah satu tugas yang rumit kerana wujudnya perbezaan keturunan, nilai-nilai kebudyaan, sosioekonomi keluarga dan sebagainya yang pasti akan mempengaruhi pengalaman-pengalaman kanak-kanak itu. Umpamanya, seorang kanak-kanak Melayu berusia lima tahun yang tinggal di kampung akan mempunyai pengalaman dan nilai-nilai hidup yang berbeza daripada seorang kanak-kanak melayu yang sebaya yang tinggal di bandar. Jika kaedah ujian intelek menggunakan Bahasa Malaysia, Kanak-kanak Cina yang kurang memahami Bahasa Malaysia mungkin tidak akan dapat menjalani ujian ini dengan berkesan. Oleh itu, cara melakukan ujian keatasnya perlulah diubahsuai.

Dalam tahun -tahun 1960 -an , murid -murid darjah enam di malaysia telah diwajibkan menjalani satu ujian intelek yang di sediakan oleh pakar -pakar dari negara luar tidak wajar di gunakan di sini. Ini kerana kanak -kanak tempatan tidak mempunyai pendedahan dan pengalaman yang sama seperti kanak -kanak inggeris. Oleh itu , prestasi mereka dalam ujian -ujian ini mungkin lebih rendah dibandingkan dengan kanak -kanak di united kingdom. Ujian -ujian ini tidak mampu memberikan penilaian yang tepat tentang tahap intelek mereka yang sebenarnya.Kanak -kanak yang mengalami masalah kurang zat pemakanaan (malnutrition ) biasanya kelihatan , tidak bermaya , mengantuk dan tidal berminat dengan keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Di tadika , dia tidak dapat menumpukan perhatian pada guru dan tidak berminat bermain -main serta mengikuti aktiviti -aktiviti tadika bersama -sama kanak -kanak yang lain. Dia sudah pasti tidak akan berminat dan tidak akan menumpukan perhatian pada ujian intelek yang dijalankan ke atasnya. Kebanyakan kaedah ujian intelek mepunyai dua komponen , iaitu komponen yang memerlukan kefahaman serta penggunaan bahasa dan komponen yang memerlukan supaya dia mempamerkan kebolehannya melakukan sesuatu mengikutarahan si penguji (performance test ). Dalam keadaan ini ,pastilah kanak -kanak yang mengalami masalah kurang zat makanan akan mendapat markah yang rendah. Penguji perlu mengambil kira masalah yang dialami oleh kanak-kanak ini diatasi terlebih dahulu. Selepas dia pulih dan berada dalam keadaan sihat, barulah ujian intelek diberikan.


Kanak-kanak yang tidak diberi rangsangan yan secukupnya juga tidak akan mempamerkan prestasi intelek yang tinggi. Satu kajian tentang ransangan telah dijalankan oleh pihak UKM keatas kanak-kanak diRumah Amal Tengku Budriah, Cheras, Kajian ini dijalankan selama enam bulan. Setiap kanak-kanak dalam kajian itu telah diberikan ujian intelek. Dalam tempoh itu, kanak-kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama dikenakan satu program rangsangan sementara kempulan yang kedua tidak. Selepas enam bulan, semua kanak-kanak dalam kajian itu telah diberikan ujian intelek sekali lagi dan didapati kanak-kanak dalam kumpulan pertama telah mencapai peningkatan dari segi perkembangan bahasa, kemahiran kendiri dan interaksi sosial. Kajian-kajian yang telah dijalankan diserata dunia juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai persekitaran yang serba kekurangan akan menunjukkan prestasi yang lebih tinggi setelah mereka mengikuti program ransangan.

Kanak-kanak yang tidak menunjukkan motivasi dalam menjalani ujian intelek akan mendapt markah yang rendah. Ini mungkin kerana dia tidak senang dengan penguji, tidak faham bahasa yang digunakan oleh penguji atau beras takut sewaktu menjalani ujian. Penguji perlulah mewujudkan suasana yang paling baik yang akan membolehkan kanak-kanak itu menunjukkan kebolehannya tanpa menyimpan sebarang perasaan negatif yang boleh menggaggu pemikirannya sehingga menyebabkan dia tidak dapat menjalani ujian-ujian yang diberi dengan baik. Adakalanya, penguji tidak mendapat kerjasama daripada kanak-kanak. Ini disebabkan oleh pelbagai perkara seperti gagguan emosi akibat perceraian ibu bapanya atau kematian seseorang yang di sayanginya.Jika fikirannya terganggu, dia tidak akan dapat menjalani ujian intelek dengan baik dan akan mendapat markah yang lebih rendah dari apa yang mampu dicapainya.

Dari semasa kesemasa, pakar kanak-kanak menemui pelbagai kes terencat akal yang berpunca daripada berbagai-bagai sebab. Dalam melakukan penilaian, doktor kanak-kanak akan cuba mencari punca-punca yang mungkin boleh dirawat. Jika kanak-kanak itu mengalami rencat akal yang berpunca daripada kekurangan hormon tiroksina (thyroxine), dia akan diberikan bekalan ubat ini seumur hidup.

Satu keadaan yang dinamakan phenylketonuria boleh menyebabkan kerosakan otak. Dalam kes ini, kanak-kanak yang terlibat tidak serasi degan bahan fenilalanina dan dia akan diberikan diet yang khusus tanpa bahan amino asid fenilalanina supaya pertumbuhan otaknya dapat berkembang dengan optimun.

Rencat akal pada kanak-kanak mungkin boleh disebabkanoleh kerosakan otak akibat kelemasan (asphyxia) sewaktu dilahirkan, infeksi otak seperti meningitis, sindrom down dan sebagainya. Walau apapun puncanya, doktor yang merawat kanak-kanak itu perlu membuat penilaian tentang tahap inteleknya supaya dia dapat menentukan sama ada kanak-kanak itu boleh mengikuti pendidikan disekolah biasa atau kelas pemulihan atau memerlukan pendidikan khas.

Untuk mengetahui yahap intelek seseorang kanak-kanak dengan sempurna munhkin memerlukan masa yang panjang. Adakalanya, seorang doktor memerlukan beberapa rawatan susulan sebelum dia dapat menentukan tahap intelek seseorang kanak-kank itu. Laporan ibu bapa tentang tingkah laku, kebolehan, kemahiran komunikasi dan sosialissi si anak serta laporan guru tentang kelemahan dan kebolehannya dalam kelas akan membantu pakar kanak-kanak membuat penilaian.

Seorang doktor yang arif dalam bidang developmental paediatrics dengan mudah boleh mengenal pasti masalah intelek yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak. Degan menilai prestasi kanak-kanak itu dari segi manipulasi halus tangan (eye-hand) manipulation), kefahaman dan penggunaan bahasa, kemahiran kendiri, kemahiran sosial dan kadar perolehan kemahiran baru (tare of acquisition of new skills), doktor akan dapat mengukur denagn tepat prestasi intelek seseorang kanak-kanak itu.

Masalah yang wujud dinegara-negara membangun seperti Malaysia ialah kekurangan ahli psikologi untuk menjalankan ujian-ujian intelek. Di negara-negara maju, ahli psikologi akan membantu doktor memberikan maklumat tentang tahap intelek seseorang kanak-kanak itu. Di negara-negara membangun, pakar kanak-kanak tidak ramai dan mereka pula perlu menumpukan perhatian terhadap rawatan penyakit. Kebanyakannya tidak mempunyai masa atau latihan yang khusus bagi membolehkan mereka menilai perkembangan atau daya intelek seseorang kanak-kanak itu degan memuaskan. Menyedari hakikat ini, pakar-pakar antarabangsa yang menghadiri mesyuarat ketiga bengkel Bishop Beckers di Nairobi, Kenya dalam tahun 1982 telah merumuskan bahawa ujian intelek (IQ test) degan menggunakan kaedah-kaedah yang dicipta di negara-negara Barat tidak sesuai digunakan di negara-negara membangun. Cara pernilaian yang lebih sesuai ialah manipilasi halus tangan, kemahiran komunokasi, kemahiran sosial dan kendiri serta kecekapan mempelajari sesuatu kemahiran yang diajarkan.

Menguji daya intelek kanak-kanak cacat

Kanak -kanak pekak , buta yang cacat anggota tidak semestinya terencat akal. Cara menilai daya intelek kanak -kanak dalam golongan ini berlainan daripada cara yang digunakan ke atas kanak -kanak normal. Ahli psikologi di negara -negara maju telah mencipta ujian -ujian intelek yang sesuai bagi kanak -kanak cacat tetapi masalah yang sama juga timbul ia tidak sesuaidigunakan di negara ini.

Kanak -kanak pekak yang cerdik boleh memahami bahasa isyarat dan boleh menangkap maksud melalui pembacaan bibir (lip -reading ). Kita ambil contoh kanak -kanak pekak yang berusia 2 tahun yang tidak boleh bercakap dengan fasih. Jika dia disuruh menunjukkan di mana hidung , mata mulut atau telinganya , diakan dapat mengikuti arahan -arahan itu dengan memuaskan. Ini menunjukkan bahawa dia memahami makna perkataan -perkataan yang diginakan oleh penguji. Secara tidak langsung , kita boleh mengagak terhadap inteleknya.

Kanak -kanak pekak tetapi cerdik yang berusia tiga tahun sudah boleh meniru lukisan bentuk bulatan. Kanak -kanak spastik berusia tiga tahun yang tidak boleh menggerakkan tangan seperti kanak -kanak biasa tidak akan berupaya meniru lukisan bulatan tetapi kecerdasan otaknya dapat ditentukan dengan menilai tahap kefahaman bahasanya. Pakar yang arif dalam ujian intelek seseorang kanak -kanak cacat akan dapat menentukan tahap intelek kanak -kanak itu.

Untuk membuat penilaian yang memuaskan terhadap daya intelek kanak -kanak , penguji perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang sewajarnya. Beliau perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perkembangan kanak -kanak. Beliau perlu memahami dan mengenal pasti ciri -ciri yang ditunjukkan oleh kanak -kanak dari peringkat bayi hingga remaja. Beliau juga perlu tahu cara mengubahsuai kaedah -kaedah yang digunakan apabila berhadapan dengan masalah -masalah seperti cacat pendengaran , cacat penglihatan , cacat anggota , masalah tingkah laku seperti autisma , masalah kanak -kanak yang kurang tumpuan perhatian ( attention span deficit disorder ) dan masalah ganguan emosi.


Adakah ujian intelek (IQ test) berguna?

Ujian intelek berguna kerana ia dapat membantu pakar -pakar menentukan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu. Maklumat yang diperoleh akan membantu dalam perancangan program pendidikkan si anak pada masa depan. Ujian seperti ini kadang kala dapat membantu mengenal pasti masalah pembelajaran ( learning dysfunction ) yang dihadapi oleh seseorang kanak -kanak yang dianggap mempunyai tahap intelek normal. Kanak -kanak ini boleh memdapat menfaat daripada program pendidikkan khas untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Umpamanya , jika ujian intelek yang dijalankan dapat mengenal pasti masalah pengamatan (perceptual problems ) , latihan kemahiran pengamatan untuknya boleh diaturkan.

Sebagai contoh ,seorang kanak -kanak , berusia lima tahun yang mengalami masalah pengamatan mungkin sukar meniru bentuk O dan []. Kanak -kanak berusia enam tahun yang menghadapi masalah yang sama mungkin sukar membezakan huruf b daripada huruf d. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada program latihan khas.

Adakalanya , ibu bapa memohon dijalankan ujian intelek ke atas anak mereka untuk mengetahui sama ada dia pintar atau tidak. Dalam konteks ini , ibu bapa haruslah memahami bahawa ujian intelek juga mempunyai banyak kelemahan. Markah yang tinggi biasanya menunjukan daya pemikiran yang bagus dan markah yang terlalu rendah pula biasanya menunjukan daya pemikiran yang lemah. Tetapi , ujian intelek sering tidak mengambil kira daya kreatif dan bakat seseorang kanak -kanak itu. Umpamanya , seorang kanak -kanak yang pandai melukis , menyanyi atau bermain alat muzik mungkin tidak dapat dikenal pasti bakatnya melalui ujian intelek biasa. Ini boleh berlaku jika ujian intelek seperti weschler test digunakan.

Ujian -ujian yang boleh mengenal pasti kanak -kanak yang berdaya kreatif tinggi lebih sesuai digunakan. Para penguji bertanggungjawab menjelaskan kepada ibu bapa makna markah -markah yang diperolehi jika mereka menggunakan sesuatu kaedah ujian intelek.

Seorang kanak -kanak yang mempunyai Iq tinggi tidak semestinya akan mencapai kejayaan dalam kerjaya masa depannya. Pelbagai faktor seperti motivasi, peluang -peluang latihan dalam sesuatu pengkhususan dan pengalaman-pengalaman yang didapatinya dari semasa ke semasa akan mempengaruhi pencapaian masa depannya.Albert Einstein dikatakan lembab oleh guru -gurunya tetapi jelas persepsi mereka salah kerana Einstein kemudiannya muncul sebagai seorang ahli sains yang terulung di dunia. Jika tidak digunakan dengan bijak , ujian intelek bukan sahaja boleh memberikan gambaran yang tidak tepat tentang tahap intelek seseorang kanak -kanak , malahan boleh mengelirukan pihak ibu bapa juga.

Kesimpulannya , ujian intelek tidak semestinya memberikan semua maklumat tentang keupayaan intelek seseorang individu kerana tidak mungkin kesemua fungsi inteleknya dapat dinilai sepenuhnya. Seseorang individu boleh mencapai keunggulan dalam sesuatu bidang jika dia mempunyai minat yang kuat serta mendapat galakan , bimbingan , tunjuk ajar yang betul dan peluang -peluang yang sewajarnya. Ujian intelek hanya memberi gambaran tentang kebolehan seseorang pada masa ujian itu dilaksanakan. Sesiapa pun tidak boleh mengetahui dengan pasti masa depan orang lain - sama ada orang itu akan mencapai kejayaan dalam hidupnya atau sebaliknya.

CABARAN IBUBAPA MASA KINI



Cabaran Ibubapa Masa kini



Salahlaku Remaja !

Menjadi ibubapa dizaman yang sangat pesat berkembang dan berubah bukan mudah. Para ibubapa sekarang menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak anak anak mereka. Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibubapa ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak anak mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku, dalam pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nasfu syahwat, caragaya berpakaian dan lain lain. Inilah peringkat yang penuh dengan berbagai pengaruh serta tekanan luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang tidak baik iaitu yang melekakan, yang menghayalkan, yang menyelewengkan aqidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan berbagai jenis salahlaku dan jenayah dikalangan remaja.

Kemewahan dan Kebendaan !

Dengan pembangunan sosio-ekonomi yang berlaku begitu pesat sekali, minda kita, ketahanan iman kita, jati diri kita mudah tergugat akibat dari pengaruh pemikiran yang diimpot , budaya dan nilai nilai luaran yang mencemari serta menghakis keperibadian, nilai dan budaya timoran dan islam. Kemewahan dan kebendaan ekoran dari kekayaan yang dinikmati hasil dari usaha2 pembangunan ekonomi telah sikit demi sikit mula menghakis dan mencemari pemikiran,nilai dan budaya kita . Akhirnya ketahanan diri remaja lentur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam penagihan dadah, aktiviti aktiviti jenayah, lepak, pengangguran, maksiat dan berbagai bagai gejala yang kita sentiasa mendengar dan membaca dari media elektronik dan cetak.

Patutkah kita pertanggungjawab dengan segala2 masalah dan gejala tersebut keatas bahu ibubapa ? Munkinkah ada kuasa lain yang boleh membendung atau mengawal daripada merebaknya penyakit2 sosial dari kalangan masyarakat kita!. Memang tidak boleh disangkal bahawa peranan ibubapa sekarang adalah jauh berbeza daripada tanggungjawab ibubapa satu jenerasi sebelum ini Mampukah ibubapa membendung berlakunya perkara ini?

Peralihan kanak2 ke remaja.

Ketika kanak kanak dahulu, mereka manja, suka disayangi, suka dipeluk cium dan sangat menghiburkan ibubapa. Tetapi apabila mereka menjangkau ke peringkat remaja, mereka berubahlaku, tidak suka lagi berbincang atau berkomunikasi dengan ibubapa mereka. Remaja lebih suka berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Jika mereka pilih dari rakan rakan yang teridiri daripada mereka yang mengajak kepada kebaikan atau amal maaruf, bersyukurlah kita. Tetapi ramai daripada mereka lebih suka mengajak kepada kemungkaran dan maksiat.. Sedikit demi sedikit tabiat buruk akan meresap ke dalam jiwa remaja dan akhirnya alam mereka berubah kepada yang buruk.

Remaja asyik !

Remaja sekarang lebih suka mengadap telivisyen, radio dan komputer, daripada bersemuka dengan ibubapa dan adik beradik. Ini mempunyai kesan yang begitu negatif sekali kerana dengan keashikan mereka mengabaikan pelajaran. Mereka tidak menyahut panggilan ibubapa untuk makan bersama, untuk sembahyang bersama dan untuk aktiviti aktiviti bersama. Oleh sebab keasyikan ini juga, tugas harian mereka seperti mengemas bilik, membasuh pakaian, membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran semuanya terganggu dan terbiar. Akibatnya mereka akan mengalami masalah dalam proses pendidikan mereka, ada yang gagal, ada yang terkecundang.

Pergaulan dengan rakan rakan remaja mengakibatkan mereka mempelajari tabiat yang negatif. Mereka bermula merokok, minum arak dan dengan sedikit demi sedikit mereka terdedah kepada aktiviti aktiviti maksiat seperti disko, kelab malam dan banyak dikalangan mereka terperangkap dalam aktiviti perzinaan atau lain lain aktiviti seksual di luar nikah. Yang lebih teruk lagi terperangkap dalam gejala penagihan dadah dan lain jenis jenayah saperti mencuri , merompak, perasugut dan lain2.


Islam penyelamat !

Ramai daripada kita mengalami berbagai-bagai masalah anak khususnya diperingkat remaja dan zaman muda mereka. Sebagai ibubapa bagaimana kita cuba mencegah daripada berlakunya keadaan sedemikian ? Pada pandangan saya sendiri, perkara yang terpenting dalam membendung gejala gejala social dan jenayah remaja ialah asas pendidikan ugama Islam yang perlu dipertekankan sejak dari kecil lagi ,menentukan bahawa anak anak kita menghayati ugama dengan menguatkan aqidah serta amalan. Kita perlu meningkatkan kefahaman Quran dari masa ke semasa, memperbaikki amalan amalan yang dituntut oleh Allah S.W.T. dan ini dikerjakan bersama dikalangan ahli ahli keluarga dan bapa sebagai ketua dalam aktiviti ini. Malangnya dalam zaman yang begitu mewah sekali, kebanyakan daripada kita leka dan memandang rendah pada aktiviti keugamaan. Pada pendapat saya ugama Islam sahajalah yang boleh menyelamatkan anak anak kita dari segala gejala dan penyakit social yang dialami oleh remaja sekarang.

Para remaja suka mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dan juga pemimpin negara. Oleh itu kita sebagai ibubapa dan sebagai pemimpin patut memberi contoh yang terbaik seperti yang diberikan oleh Rasulullah A.S. Rasulullah adalah contoh yang terbaik dalam membentuk akhlak dan keperibadian maanusia. Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita kembali untuk menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam mengikut Al Quran dan sunnah Rasul. Para remaja perlu bimbingan, pedoman, sokongan dan galakkan untuk melakukan amal maaruf.

Undang-undang Islam !

Para pemimpin dan pentadbir pula perlu mengadakan dasar dan undang2 yang menuju kearah membendung dan jika boleh membasmi terus maksiat yang kini sedang bermahrajalela dikalangan masyarakat kita. Hapuskan tempat2 maksiat รข€“(perjudian, pelacuran, minum arak, tarian2, karoeke dll) saperti kasino, pub, disco, sarang2 pelacur dll. Hentikan atau tarik balik lesen mereka. Jika sukar tempatkan pusat2 maksiat tersebut dipusat bandar besar sahaja. Kawasan2 perumahan saperti Bangsar, di.KL dll patut dibersihkan dari unsor2 maksiat tersebut. Tentukan undang2 dikuatkuasan mengikut lunas2 islam. Apabila kita hanya memikirkan keuntungan wang ringgit sahaja, nescaya generasi akan datang khususnya para remaja islam akan musnah.

Menerusi ruangan ini saya ingin menyeru kepada mereka yang mempunyai masalah anak2 dan telah berpengalaman mengatasi masalah2 untuk berkongsi dengan para ibubapa lain. Sila kirimkan pendapat serta pandangan anda melalui E mail.

PERANAN BAPA SEMAKIN MENCABAR


Oleh: Lokman bin Ismail

Masyarakat menghargai pengorbanan ibu. Hari Ibu disambut meriah setiap tahun. Bermacam-macam program diadakan sempena Hari Ibu. Tetapi pengorbanan bapa seperti dilupakan. Ramai tidak menyedari wujudnya sambutan Hari Bapa. Tidak ada pihak mengadakan program meraikan Hari Bapa. Tidak ada tokoh Bapa Mithali atau Bapa Soleh seperti dianugerahkan kepada ibu sempena Hari Ibu.

Persoalan ini ditimbulkan bukan atas rasa irihati kaum bapa terhadap kaum ibu. Tujuannya lebih menumpukan untuk melahirkan rasa kesedaran kaum bapa terhadap tanggungjawab yang terpaksa ditanggung kerana manusia mudah lupa jika tidak diulang sebut tentang tanggungjawab mereka. Manusia kurang motivasi jika apa yang dilakukan tidak dihargai. Wajar benar sambutan hari Bapa turut dimeriahkan seperti sambutan Hari Ibu. Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.
Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar. Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan, kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semua aspek ini mempunyai pendekatan berbeza yang wajar dilakukan oleh setiap bapa dengan perasaan yakin dan tenang. Setiap aspek memerlukan kemahiran dan kemampuan khusus yang perlu dikuasai oleh kaum bapa. Kemahiran kebapaan bukan lahir secara ‘kebetulan’ apabila bergelar bapa. Semuanya memerlukan usaha ke arah itu. Seorang bapa dapat mendalami ilmu
kebapaan dengan menghadiri kursus, berkongsi pengalaman, pembacaan dan penghayatan terhadap tugas.

Tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan belum sempurna tugas tersebut biarpun telah berjaya memberi kemewahan material kepada anak-anak. Keperluan bapa melaksanakan tanggungjawab adalah meliputi keperluan fizikal dan rohani. Kedua-dua keperluan itu sama penting. Bapa tidak patut menganggap tugas yang dilakukan sebagai satu beban. Perasaan teras terbeban dengan tanggungjawab akan menghilangkan rasa ikhlas. Ini menjadikan keadaan lebih kusut dan bercelaru. Tanggungjawab kebapaan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.


Sebenarnya memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT adalah satu jihad bagi seorang bapa untuk mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT. Setiap masa yang diluangkan untuk mendidik dan bermesra dengan anak dan ahli keluarga juga adalah sebahagian daripada jihad. Apa yang dilakukan tidak sia-sia. Setiap tenaga yang dicurahkan dan wang yang dibelanjakan untuk keluarga adalah sedekah. Balasan pahala yang disediakan amat besar. Bapa mithali mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Dalam hal ini, Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik. Rasulullah SAW menjelaskan aspek pergaulan dan kasih sayang adalah intipati kebahagiaan sesebuah keluarga. Oleh itu Rasulullah SAW menganjurkan agar setiap bapa sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarganya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Ramai bapa mengabaikan aspek kemesraan dalam pergaulan dengan anaK-anak mereka. Mereka menganggap perkara tersebut tidak penting dalam membina kebahagiaan keluarga. Ada sebilangannya yang lebih suka menunjukkan sikap bengis sebagai cara mendidik anak. Dengan itu anak tidak berpeluang ‘duduk rapat’ dengan bapa. Cara ini mengikut mereka lebih berkesan agar anak-anak mudah mendengar kata dan tidak berani melakukan perbuatan yang ditegah.

Namun begitu cara sedemikian mungkin berkesan ketika mana anak-anak masih kecil tetapi hakikatnya kepatuhan anak kepada setiap larangan bukanlah atas kesedaran atau Kefahamannya mengapa sesuatu itu perlu dilakukan atau dijauhi. Sebaliknya, anak tersebut tidak melakukan perbuatan dilarang hanya disebabkan takut kepada hukuman.

Sebenarnya, bapa wajar sentiasa mengambil pendekatan terbaik untuk membentuk hubungan mesra dan ceria dengan anak-anak. Ajarkan kepada anak apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Beritahu mereka mengapa begitu dan begini terjadi. Malah, bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. Di waktu itulah juga masa yang sesuai dijelaskan kaitan larangan dengan kehendak agama dan undang-undang kerana semua yang betul dan salah
mempunyai alasan yang perlu diperjelaskan kepada anak. Jika ada perkara yang
belum mampu mereka fahami, beritahu mereka “apabila dewasa nanti baru faham. Sekarang ini cukuplah tahu kena buat, jangan buat, boleh dan tidak boleh buat”.

Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep mendidik anak hendaklah berterusan. Bapa adalah contoh ikutan untuk membentuk peribadi anak. Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya. Bapa adalah guru yang paling berkesan. Anak mudah ‘percaya’ apa yang diberitahu oleh bapanya. Hal ini amat penting dalam soal akidah dan keimanan kerana bapa yang mencorakkan akidah anak mengikut apa yang diajarkan dan anak ‘sedia’ menerima apa yang diberikan kepada mereka. Sekiranya bapa tidak menjalankan tanggungjawab tersebut akan ada pihak lain akan mengambil alih.

Oleh itu amat penting bagi seseorang bapa memastikan apa yang sepatutnya diterima oleh anak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)
Pengaruh negatif persekitaran dan rakan sebaya contohnya boleh menyebabkan anak-anak hilang pedoman jika tidak dibimbing. Anak yang bermasalah dan terlibat dengan gejala yang tidak baik kebanyakannya adalah berpunca dari kurangnya perhatian daripada bapa.

Hadith riwayat at-Tirmizi bermaksud:
“Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seseorang ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti yang baik.”
Firman Allah SWT bermaksud:
“Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu (berhala),” (at-Tahrim: 6)

Bapa mithali akan sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan anak dan ahli keluarga. Bahkan anak menjadi inspirasi kepada seseorang bapa untuk terus berusaha lebih gigih dan sentiasa mengutamakan keluarga. Sebab itulah keletihan dan tekanan kerja akan hilang apabila melihat wajah anak-anak serta mendapat layanan mesra daripada isteri. Sebaliknya, bapa yang tidak bertanggungjawab akan menganggap anak dan isteri sebagai beban dan menambahkan tekanan jiwa. Akhirnya mereka menjadi mangsa melepas geram akibat tekanan perasaan yang sebenarnya berpunca daripada masalah lain. Keadaan ini memburukkan lagi interaksi dan kasih sayang dalam keluarga sehingga kehidupan menjadi lebih tertekan. Sebab itulah, bapa bermasalah lebih suka berada di luar rumah bersamasama
rakan. Mereka lebih mengutamakan kawan-kawan daripada apa yang diperlukan oleh anak-anak dan isteri. Tindakan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah.

Ramai juga para bapa yang sentiasa menghabiskan masa di luar rumah akan mudah terlibat dalam aktiviti kurang baik. Akibatnya tanggungjawab terhadap keluarga semakin diabaikan.
Oleh itu para bapa janganlah mengambil mudah kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak. Para bapa tidak boleh beranggapan bahawa sudah memadai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu.

Diriwayatkan oleh Bukhari satu kisah bahawa pada satu hari semasa Rasulullah mencium cucunya, perbuatan itu dilihat oleh Aqra bin Habis at-Tamimi lalu beliau mengatakan: “Aku mempunyai sepuluh anak, tetapi tidak seorang pun daripada mereka pernah aku cium.” Rasulullah SAW lalu menjawab: “Apa dayaku apabila Allah telah mencabut kasih sayang daripada hatimu”.
Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anak biarpun yang sudah berumahtangga. Rasulullah SAW sentiasa mengunjungi rumah Fatimah dan bertanya khabar, serta memberi nasihat berguna dalam menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Malah, Rasulullah SAW sentiasa memberi sambutan mesra setiap kali ketibaan Fatimah mengunjungi baginda. Baginda bangun menyambut ketibaan Fatimah, memberi kucupan dan
memimpinnya ke tempat duduk.

Sesungguhnya kasih sayang berterusan seorang bapa terhadap anak biarpun yang sudah berkahwin bukanlah mengganggu urusan hidup anak, kerana ikatan kasih sayang bapa terhadap anak adalah kasih sepanjang hayat.

Kesimpulannya, anak-anak akan lebih menghormati dan kagum kepada bapa yang sedia memahami dan menghormati keperluan mereka. Anak tidak akan mensia-siakan pengorbanan bapa yang menjalankan tanggungjawab yang terbaik.

"ANAK NAKAL UJIAN ALLAH"




PUNCANYA kecil saja, tetapi amuk si kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, si kecil mula membaling barang yang ada di sekelilingnya.

Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh ibu, si kecil kemudian menggigit dan menarik rambut ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah anak, akhirnya si ibu memukul si comel.

Situasi itu mungkin pernah dialami kebanyakan ibu atau bapa. Anak kecil membuat kerenah dan ‘tidak makan pujuk’, misalnya mahukan perhiasan kaca atau benda tajam sebagai permainan, mengamuk kerana perkara remeh seperti marah dengan usikan si abang, kemahuan untuk membeli mainan mahal tidak dipenuhi atau tidak mahu makanan yang terhidang tetapi minta makanan yang tiada.

Berdepan anak yang banyak kerenah kadangkala membuatkan ibu bapa kurang sabar.

Apapun, kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: ”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”

Panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.

Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.

“Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayang-Nya. Sebelum ibu bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenal pasti jenis kenakalannya, tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak.

“Ibu bapa perlu faham jenis atau kategori kenakalan anak kerana pemahaman perkara ini penting supaya mereka dapat menangani masalah anak dengan betul dan berkesan.

“Selain itu, tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.

“Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Contoh kesilapan ialah anak tidak sengaja memecahkan tingkap ketika bermain bola, manakala kesalahan pula adalah perbuatan yang tidak betul dan disengajakan. Ia terbahagi dua iaitu kesalahan besar dan kecil,” katanya.

Wan Akashah berkata, kesalahan besar ialah yang jelas melanggar syariat atau undang-undang dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya dan orang lain. Contohnya anak sengaja bercakap bohong, tidak solat atau memukul rakan.

Kesalahan kecil pula biasanya tidak jelas melanggar syariat dan tidak membahayakan, tetapi mungkin melanggar peraturan manusia. Contohnya suka menconteng dinding atau tidak mahu buat kerja sekolah.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.

“Ada doa di dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah surah Toha ayat 1-5, surah al-Syura ayat 19 dan surah al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air,” katanya.

Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:

- Bersikap adil dalam semua perkara.

- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.

- Jalin hubungan baik dengan anak.

- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.

- Berlembut walaupun tegas.

- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.

- Tunjukkan penghargaan pada anak.

- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.

- Sesuaikan tindakan dengan watak.

- Kurangkan pengaruh negatif.

- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.

- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.

- Adakan usrah keluarga.

- Jangan mengungkit kelemahannya.

- Dapatkan kerjasama keluarga.

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.

Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”

Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.

“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.

Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.

Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan.

Tags: info, keibubapaan, tips
Prev: HARGAILAH ISTERI
Next: ILMU KEIBUBAPAAN

JUALAN MY RAUDHATUL SHOP



PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



"Perkembangan" bermaksud suatu perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi ternyata telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu tempoh yang panjang. Ianya menekankan kepada aspek keupayaan dan kebolehan seseorang untuk berfungsi dan berinteraksi dengan persekitarannya untuk keselesaan hidup sepanjang hayat. Ianya juga disebut "perubahan secara kualiti". Contohnya, kebolehan dari segi mengkoordinasi pergerakan anggota badan, bertutur, berinteraksi dan meluahkan perasaan dengan orang dan keadaan sekeliling.

Tahap-tahap perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada 4 aspek yang nyata dapat dilihat dalam proses pembesaran kanak-kanak iaitu ;

* Perkembangan Fizikal
* Perkembangan Bahasa
* Perkembangan Kognitif
* Perkembangan Sosio-Emosi

Semua kanak-kanak akan melalui corak perkembangan yang sama, dan boleh dijangka dengan tepat apa peningkatan seterusnya selepas sesuatu kebolehan. Contohnya, dari segi perkembangan fizikal. Tahap-tahap yang dilalui oleh kanak-kanak ialah bermula :

* Meniarap
* Merangkak
* Duduk
* Berdiri
* Berjalan

Jadi, apakah kepentingannya bagi PA(Pembimbing Awal) Kanak-Kanak mengetahui tahap-tahap perkembangan ini?

1. Berupaya mengenalpasti kedudukan atau kebolehan kanak-kanak. Dengan ini PA tidak akan mengharapkan lebih daripada apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak.
2. Memahami bahawa setiap kanak-kanak adalah individu. PA hendaklah menyesuaikan aktiviti dan rangsangan mengikut ciri-ciri dan kebolehan kanak-kanak.
3. Membuat perancangan aktiviti yang memahirkan kebolehan kanak-kanak ke peringkat atau tahap seterusnya.